Rabu, 06 Februari 2013

CARA-CARA MEMAKAI TUDUNG DUBAI DUA LAPIS



Step 1

Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan 'awning' sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu. Gambar menunjukkan bentuk bahagian depan dan belakang tudung.
Step 2, 3, 4, & 5 
Lilitkan selendang melepasi kepala. Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
Step 6 
Bahagian anak tudung yg labuh didepan diselempangkan dan dipinkan ke bahu untuk menutup bahagian depan / dada. Gambar menunjukkan contoh-contoh pandangan depan dan belakang. Tudung Dubai Dua Lapis ini boleh digayakan dengan pelbagai cara pemakaian bergantung pada kreativiti masing-masing.
 Pakai Dengan Menggunakan Shawl Jorjet
** Cara pakai yang sama seperti contoh yang sebelum ni.
** Ni contoh shawl jorjet dan shawl ni lebih panjang dari
shawl corak kat atas.
** Kaedah melilit yang sama
** Sama je kan?? Senang je….
CARA-CARA MEMAKAI TUDUNG DUBAI

SELAPIS / KUWAITI / ID

Cara-cara memakai tudung dubai
Step 1
Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan ‘awning’ sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu.
Step 2
Lilitkan selendang melepasi kepala.
Step 3
Selendang boleh dilabuhkan bahagian hadapan untuk menutup bahagian depan / dada
Step 4
Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

 Cara Pemakaian Shawl Gypsi Gaya 1
1) Pin kan selendang ke dagu. Pastikan sebelah kanan selendang lebih panjang dari sebelah kiri selendang. 
2) Tarik selendang di sebelah kiri ke sebelah kanan, dan kemudiankan sematkan dengan kerongsang. 

3) Sama seperti di 2, tarik selendang di sebelah kanan ke sebelah kiri, dan kemudian sematkan dengan kerongsang.

4) Bawa sebelah kanan selendang yang panjang liliti ke belakang, dan biarkan longgar hingga membentuk depan ala 'tudung siti' 
5) Sematkan kerongsang supaya lebih kemas. 
6) Dah siap ♥

Cara Pemakaian Shawl Gipsi Gaya 2

1) Letakkan shawl di kepala dengan kedudukan sebelah kiri pendek, dan sebelah kanan panjang.

2) Pin kan selendang sebelah kiri ke anak tudung berhampiran telinga.

3) Ambil sebelah kanan yang panjang tadi pusing atau lilit ke belakang. Pastikan depan membentuk tudung 'ala siti' (ada ruang berbentuk U di depan).


4) Sematkan kerongsang agak besar di sebelah kanan .

5) Sematkan pin atau jarum di sebelah kiri supaya shawl lebih kemas
6) Dah siap...senang je kan (^_^) selamat mencuba... ♥

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar